Friday 2 March 2012

Kelas Tambahan Cuti Sekolah Tahun 5 dan 6

Kelas tambahan bagi murid-murid tahun 5 dan 6 akan diadakan selama 3 hari waktu cuti pertengahan penggal pertama persekolahan. Kelas-kelas tersebut akan bermula pada hari Isnin 12 Mac 2012 hingga 14 Mac 2012. Diharap murid-murid dapat menghadirkan diri dalam kelas-kelas tersebut demi meningkatkan kecemerlangan diri.

Friday 13 January 2012

Kelas Tambahan Tahun 6

Kelas tambahan tahun 6 bermula pada Isnin 16 Januari 2012. Jadual telah pun dimasukkan ke dalam jadual kelas dan persendirian mengikut minggu-minggu tertentu.

Saturday 29 October 2011

Tugasan Guru Waktu Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011

Sebagaimana maklum bahawa cuti persekolahan akhir tahun 2011 akan bermula dari 18 Nov 2011 hingga 1 Jan 2012. Sepanjang cuti persekolahan ini guru-guru dikehendaki hadir ke sekolah pada minggu pertama cuti dan pada minggu akhir cuti....

Thursday 29 September 2011

Projek Ubahsuai Bilik Guru SKTP

Pengubahsuaian bilik guru dijangka akan bermula pada hari Sabtu 1 Okt 2011 ini. Pemindahan bilik guru sementara ialah di bilik Pendidikan Moral. Gotong royong melibatkan semua guru dan pekerja sekolah akan bermula pada 29 Sept. 2011 (Khamis) jam 2.00 petang. Pemindahan juga melibatkan Bilik Peperiksaan (BOP) dan Bilik Kemahiran Hidup. Bilik Peperiksaan akan dipindahkan ke Bilik Keselamatan di bangunan baru manakala Bilik Kemahiran Hidup ke kelas Pendidikan Moral.

Friday 19 August 2011

Jadual Waktu Pindaan 5C

Jadual waktu berkenaan akan mula dilaksana pada hari Isnin 22 Ogos 2011. Guru-guru diharap agar dapat mengemaskini jadual persendirian dan kelas masing-masing. Sebarang kemusykilan sila hubungi GPK Kurikulum
Sekian, harap maklum

Wednesday 17 August 2011

Mesyuarat Audit Akademik UPPM 3

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada
     Tarikh:     18 Ogos 2011
     Masa:       2.00 petang
     Tampat:    Bilik Gerakan SKTP
Kehadiran adalah diwajibkan kecuali bagi guru-guru Prasekolah
Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Audit Akademik UPPM 3

Untuk makluman guru-guru, audit akademik UPPM 3 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja mulai hari ini. Dijangka pihak PPDJB  yang diwakili oleh beberapa orang pegawai akan turut hadir sama. Program tersebut akan bermula pada jam 2.00 ptg di Bilik Gerakan SKTP. Harap guru-guru dapat bersedia.