Saturday, 29 October 2011

Tugasan Guru Waktu Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011

Sebagaimana maklum bahawa cuti persekolahan akhir tahun 2011 akan bermula dari 18 Nov 2011 hingga 1 Jan 2012. Sepanjang cuti persekolahan ini guru-guru dikehendaki hadir ke sekolah pada minggu pertama cuti dan pada minggu akhir cuti....

Tujuan kehadiran tersebut adalah bagi memudahkan guru-guru menyelesaikan beberapa perkara berkaitan tugas masing-masing sebelum bercuti panjang. Selain daripada itu juga memudahkan guru-guru membuat segala persediaan sebelum naik sekolah pada hari Isnin 2 Januari 2012 nanti. Tugasan yang perlu dibuat di awal cuti ialah seperti mengemaskini kelas semasa dan kelas baru, jadual kedatangan murid, kemaskini fail-fail pengurusan panitia, 'Inhouse Training' KSSR dan lain-lain yang difikirkan perlu. Pada akhir cuti pula melibatkan mesyuarat/taklimat perjawatan, pengagihan tugas, persiapan tahun baru serta lain-lain tugasan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment